Saturday 18 May 2013

Kemasukan Pemain baru JDT


Pemain import baru Johor Darul Takzim

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pemain import baru Johor Darul Takzim. Baru-baru ini pasukanJohor Darul Takzim memperkenalkan pemain import terbarunya yang menggantikan Daniel Guizaiaitu Leonal Jorge Nunez dari Argentina. Pemain ini pernah beraksi bersam kelab Liga Primera Argentina iaitu Argentina Juniors.

Sebelum ini pemain import iaitu Andre Francisco Da Silva telah pun menggantikan Simone Del Nero dan telah pun membuat penampilan sulungnya ketika menentang Terengganu tempoh hari. Dengan kehadiran Nunez bagi memastikan barisan serangan dapat diperkuatkan untuk pasukan Johor Darul Takzim. Diharap Nunez dapat diturunkan menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2013 jika segala urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa selesai.

Semoga pasukan Johor Darul Takzim dapat mengharungi saingan di dalam Liga Super 2013 dan Piala FA 2013 dengan semangat yang baru seterusnya dapat menaikkan kembali kegemilangan pasukan Johor Darul Takzim.
"Luaskan kuasamu Johor"

Pemain Import JDT FC Yang Baru!!!

Pemain Import JDT FC Yang Baru!!!





Johor Darul Takzim bakal mempertaruhkan ‘Sentuhan Latin’ bagi baki aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas mengikat kontrak pemain import dari Argentina, Leonel Jorge Nunez menggantikan Daniel Guiza yang tidak disambung kontrak dan bakal membuat penampilan pada suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam esok.

Apapun pemain kelahiran Buenos Aires itu yang beraksi bersama kelab Argentina Juniors di Liga Primera tidak mahu peminat bolasepak Johor DT membuat perbandingan antaranya dengan Guiza sebaliknya ingin membuktikan sentuhan berbisa apabila beraksi bersama skuad Harimau Selatan.


“Saya dan Guiza berbeza, dia ada cara tersendiri dan saya ada kelebihan yang mungkin tidak dimiliki Guiza. Biar saya beraksi di padang dan pamer skil yang saya miliki malah kehadiran saya beraksi untuk Johor DT adalah ingin memastikan apa jua sasaran pasukan tercapai,” kata Nunez pada sidang media pada majlis memperkenalkan pemain baru Johor DT di Stadium Larkin, semalam.

Terdahulu skuad Harimau Selatan sudah mendapat khidmat pemain import Johor, Andre Francisco Da Silva yang membuat penampilan pertama beraksi dalam kancah Liga Super ketika menentang Terengganu, Jumaat lalu dan kehadiran Nunez melengkapkan kuota dua pemain import pasukan itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Obet Tawil berharap kehadiran Nunez yang pernah beraksi di liga Greece bersama kelab Olympiakos pada 2007-08 mampu menguatkan kembali jentera serangan yang jelas kurang menyengat sepanjang saingan pusingan pertama Liga Super.

Katanya, Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Nunez kini sedang diusahakan dan dijangka akan diperoleh sebelum aksi suku akhir kedua Piala FA dan bakal membuat penampilan menentang Selangor bagi memburu slot ke pentas separuh akhir piala itu musim ini.

“PBNJ perlu buat transformasi ketika pasukan lain juga melakukan perubahan dengan membawa masuk pemain import bagi menguatkan pasukan mereka dan saya lihat wajar Johor DT juga harus mendapatkan khidmat Nunez untuk memantapkan jentera serangan.


“Bukan saja jentera serangan, kita juga membawa masuk tiga pemain tempatan dari pasukan Johor iaitu Jasazrin Jamaluddin di posisi tengah manakala Muhammad Nazri Ahmad dan Mohd Farid Ramli mengimbangi kekuatan di posisi pertahanan yang perlu diperkuatkan lagi,” katanya - Harian Metro online

BIODATA 
Leonel Núñez
Personal information
Full nameLeonel Jorge Núñez
Date of birthOctober 13, 1984 (age 28)
Place of birthBuenos Aires, Argentina
Height1.83 m (6 ft 0 in)
Playing positionForward
Club information
Current clubDarul Takzim FC
Number11
Youth career
Argentinos Juniors
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2004–2007Argentinos Juniors63(17)
2007–2008Olympiacos19(7)
2008–2010Independiente54(16)
2010Bursaspor13(2)
2011–2012Independiente22(4)
2012–2013Argentinos Juniors13(3)
2013-Johor Darul Takzim FC0(0)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 00:38, 20 July 2011 (UTC).
† Appearances (Goals).

Kontrak Guiza dan Del Nero Tamat !!

Kontrak Guiza dan Del Nero Tamat !!


Perkara yang mengejutkan peminat-peminat bola sepak tanah air khususnya peminat JDT FC ialah tamatnya kontrak pemain import kesayangan mereka. Kontrak Daniel Guiza sebenarnya tamat pada bulan 4 2013 dan perkara ini tidak didedahkan kepada umum. Manakala Del Nero pula mengalami kecederaan dan prestasi yang tidak memberangsangkan menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk pulang ke negara asal.

Saksikan aksi2 mereka ini..






Thursday 16 May 2013

Sejarah


Sejarah

Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).
Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.
Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).


Penubuhan JDT FC 2013

Skuad JDT ini adalah sumber inspirasi daripada seseorang yang menginginkan perubahan dalam industri bola sepak tanah air dan juga cita-cita beliau adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor seperti suatu ketika dahulu. Beliau adalah Tengku Mahkota Johor ( TMJ ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Beliau telah merombak besar-besaran pasukan bagi memastikan perubahan yang besar dalam pasukan JDT FC. Perkara pertama yang dirombak ialah nama pasukan itu sendiri daripada Johor FC kepada Johor Darul Takzim FC ( JDT FC ). selepas itu, ramai pemain kebangsaan telah dibawa masuk seperti NorShahrul Idlan Talaha ( Kelantan ), Safee Sali ( Pelita Jaya ), Shafiq Rahim ( Selangor ), Aidil Zafuan, Zaquan Adha ( N.Sembilan ), dan Nurul Azwan Roya ( Kelantan ). Pemain import dari luar negara juga telah dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad JDT seperti Daniel Guiza ( Getafe FC ) dan Simone Del Nero ( Lazio FC ). Pengurusan dan ketua jurulatih JDT FC adalah dibawah nama yang cukup besar iaitu lagenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad dan dibantu penolong jurulatih Ismail Ibrahim bekas pemain Selangor.